Saturday, December 31, 2011

almost 3 years...

sedar atau tidak ini hakikat..hadif dah besaq..nak masuk 3 tahun...inilah some sort my idea untuk my gift calendar 2012..stakat ni masih mampu berkarya..untuk hadif..syukur...walau x sebarapa tp ini ikhlas :)


that my art....hu..hu..talented mummy hadif nie tp malas nak berkarya lelebih he..he..cukup untuk kepuasan diri sendirik ja..

almost 3 year 1 cabaran yang amat besar ialah didikan..

Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak adalah makhluk yang luarbiasa dan unik, yakni berbeza-beza di antara satu sama lain.Bagaimanapun, Rasulullah SAW menggariskan 4 tahap mendidik anak:

1. Tahap Pertama – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua – Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga – Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat – Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Namun jika balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

Wallahu’alam.


1. Didik anak sejak dalam kandungan lagi
2. Sejak bayi diajar sedikit sebanyak apa yang kita tahu dan yang kita mahu(gunakan persekitaran)
3. Kenalkan pada buku di peringkat usia muda lagi (sejak bayi lagi...bila bayi dah boleh melihat)
4. Didik dan ajar apa sahaja, ilmu dunia dan ilmu akhirat
5. Beri galakan & sokongan serta panduan pada anak
6. Boleh dibeli buku/flash card atau pun buat sendiri (lagi baik)
7. Jadikan belajar tu "fun" bukan kita paksa anak belajar tapi kita terap kan sikit2..
8. Terokai anak anda...cari apa yg dia minati & kembangkan ilmu nya
9. Itu lah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa..luangkan walupun 5 minit sehari...(boleh juga sambil2 masak ke sambil2 membasuh kain ..boleh ajar apa aje yg anak kita nak tau..)

Pengalaman yang di lalui...
2. Memperkenalkan buku kepada anak-anak sedari bayi lagi. Sewaktu anak menyusu, sebab anak menyusu payu dara ni selalunya ambik masa yang lama, jadi mesti ummi akan berbaring, setelah melihat wajahnya dan bermain dengan jari-jarinya, ummi akan membaca buku. Tidak kira buku apa, buku itu di buka dan anak ini akan tengok juga muka surat mana ummi sedang membaca. Lama-lama , bila dia besar, minta membaca ini ummi tidak payah pupuk, dia lahir dengan sendirinya. Pantang jumpa kertas bertulis mereka akan melihat-lihat dan membelek-belek.

Sebelum pandai membaca, mereka cuma melihat-lihat gambar yang ada dalam buku itu, bila dah pandai membaca, mereka akan terus membaca tanpa henti hingga habis buku itu. Hinggakan kegilaan mereka pada buku, membaca sambil makan. Hingga ummi terpaksa buat peraturan, tak boleh makan sambil membaca atau tidak boleh membaca buku sambil makan. Kenapa? Samada mengambil masa yang lama untuk untuk menghabiskan makanan atau buku rosak/kotor dek kerana tertumpah air atau terkena makanan.

Sebenarnya tabiat makan sambil mebaca itu tabiat ummi, tapi bila ummi buat peraturan tu, ummi pun terpaksa patuhi. Bila mereka makan ambil masa yang lama, sedangkan banyak perkara lain perlu di siapkan seperti untuk mandi, solat dan ke sekolah agama. Jadi mereka hanya boleh membaca di waktu senggang dan dalam perjalanan jauh. setiap bulan kena belikan buku, dan mereka akan berlumba untuk menyiapkan kerja sekolah kerana bila kerja sekolah dah siap baru boleh membaca.

Insyallah...