Saturday, September 12, 2009

Puisi Untuk Anakku..

Hadif,
Bila mummy boleh memilih
Apakah mummy berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka mummy akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu mummy merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut mummy
Hadif ikut kemanapun mummy pergi
Hadif ikut merasakan ketika jantung mummy berdetak kerana kebahagiaan
Hadif menendang rahim mummy ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana mummy kecewa dan berurai air mata

Hadif,
Bila mummy boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau mummy harus berjuang melahirkanmu
Maka mummy memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat mummy rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa mummy ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika Hadif hadir,
tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati
tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Hadif,
Bila mummy boleh memilih apakah ibu berdada indah,
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
maka mummy memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu
mummy telah membekali hidupmu dengantitisan² dan tegukan²
yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu
didada mummy dalam kantuk mummy,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Hadif,
Bila mummy boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mummy memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi Hadif
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan mummy ,
engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak

Maafkan mummy….

Percayalah nak,
mummy sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mummy
Percayalah nak
Hadif adalah selalu menjadi belahan nyawa mummy

Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati


,

No comments:

Post a Comment